Wednesday, April 22, 2009

Kain Putih


Puteriku, Naailah Farafisya
Hari ni Naailah berumur 51 hari..semakin cute dan tak jemu mata memandang :) ( semua parents pun akan menganggap anak mereka begitu!)..dah boleh angkat kepala dan memberi reaksi senyum, ketawa tatkala diagah..bila neneknya 'bercerita', bulat matanya memandang dan memberi respon argher..argher..argher..ehm..bahagianya rasa bila memandang permata hati cinta ummi dan abi..

Naailah memang kami tunggu2 kehadirannya. Bukan bermakna Naufal dan Afeeq tidak dialukan kelahirannya! Mana mungkin janin2 yang 'berumah' di dalam rahimku hampir 40 minggu, yang kemudiannya nyawa dipertaruhkan untuk melahirkannya, hilang kebersamaan dan kasih sayang hanya kerana kehadiran orang baru..sungguh!.
Dalam keluarga saya, sayalah satu-satunya anak perempuan daripada 7 beradik. Begitu juga keluarga sebelah suami..5 lelaki, 1 perempuan. Anak-anak saudara hanya suku perempuan berbanding lelaki. Kiranya, kelahiran puteri dalam keluarga kami boleh dianggap julung kali!

Sekandang lembu?

saya pun tak pasti frasa siapakah ini " menjaga anak perempuan lebih susah daripada menjaga sekandang lembu"..Bonda saya cukup tak berkenan.."ada ke patut manusia disamakan dengan lembu! minta dijauhkan perangai anak cucu aku macam lembu.." Ironinya, frasa tersebut membayangkan betapa sukarnya memelihara maruah seorang wanita berbanding lelaki yang sekaligus menyandang status kemuliaan sebuah keluarga..
namun ganjaran sesuatu yang sukar itu, tentu lebih lumayan kan? buktinya, "..sabda Rasulullullah s.a.w, daripada Aisyah r.a, barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka"..mudah2an saya berada dalam golongan tersebut..


Hakikatnya, inilah medan tanggungjawab besar ibu bapa untuk mendidik dan mencorak anak-anak agar dihiasi dengan akhlak Islam, bukan majusi, nasrani apatah lagi Yahudi laknatullah! Allahuakbar, beratnya taklifan ini..walaupun anak sulungku baru berumur 4 tahun 4 bulan, amat terasa sukarnya memikul amanah Allah ini..astaghfirullah..berilah kami kekuatan ya Allah..

Dalam Islam, martabat wanita amat dipandang mulia..sehingga di dalam al-Quran sendiri terdapat surah "an-Nisa' " yang bermaksud wanita. Di kala masyarakat Jahiliyyah memandang jelik dengan kelahiran anak2 perempuan, Rasullullah s.a.w mengangkat darjat wanita selaras dengan kehendak Islam.
Hadis Rasulullah s.a.w yang mafhumnya "...barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t, dan orang yang takutkan Allah s.w.t akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.."
Subhanallah! betapa besarnya Rahim Allah s.w.t..

Didik

Anak-anak yang dikurniakan Allah bukan hanya sekadar pengikat cinta, penyeri rumahtangga, penyejuk mata. Tetapi lebih besar ertinya. Amanah yang perlu ditarbiyyah agar manjadi insan muslim yang jitu dari setiap sudut.

Inilah yang paling saya risaukan. Tidak semudah seperti dikata, tidak seenteng petua dibaca, tidak seindah dipandang mata..lagi2 dengan cabaran luar yang pelbagai, kadangkala menggugat tarbiyyah di rumah yang mungkin masih belum ampuh..

Ahmad Naufal Uwais, Afeeq Uwais, Naailah Farafisya..tiada apa yang ummi dan abi harapkan..melainkan kalian menjadi hamba Allah yang soleh, solehah dan menjadi insan terbilang di dunia dan akhirat..amin ya rabbal 'alamin..

Ya Allah, berilah kami kekuatan untuk menggalas amanahmu ini..








No comments:

Post a Comment