Sunday, May 24, 2009

Allahuakbar!

Aku minta kepada Allah setangkai bunga segar,
Dia beri kaktus berduri,
Aku minta kupu-kupu,
Dia beri ulat berbulu,
Aku sedih dan kecewa...

Namun demikian,
kaktus itu berbunga,
Indah sekali...
dan ulat itu pun menjadi kupu-kupu yang cantik...

Itulah jalan Allah pada masa Nya!

ALLAH tidak memberi apa yang kita harapkan,
tetapi dia memberi apa yang kita perlukan..

Kadang-kadang kita sedih, kecewa, terluka,
tetapi jauh di atas segalanya
Dia telah mengatur yang terbaik
dalam kehidupan kita...

Friday, May 15, 2009

Hari Ini..

Hari ini umur saya genap 28 tahun mengikut kalendar masihi

Ya Allah,
Berkati sepanjang hidupku dengan penuh keimanan dan ketaqwaan kepadaMu,
Jauhilah daripada ku segala jenis maksiat dan kejahatan,
Kurniakanalah kebahagiaan rumahtangga yang berkekalan hingga kesyurga,
Anugerahkanlah anak-anak yang soleh solehah penyambung perjuangan Islam.


Hari ini juga masuk tahun ketiga saya menyambut Hari Guru secara rasmi

Ya Allah,
Bentuklah diriku seorang yang amanah manjalankan taklifan mendidik anak bangsa,
Kurniakanlah aku 'keajaiban' hikmah dalam perjuangan tarbiyah,
Berikanlah aku kekuatan menghadapi mehnah rencah membentuk modal insan,
Jadikanlah tugasku ini sebagai amal jariah yang berkekalan selamanya..

Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik!

Tuesday, May 12, 2009

Ratu Hati

gunung kinabalu

Walaupun 10 Mei dah berlalu, saya tetap mahu menukilkannya kerana kasih sayang tidak mengenal hari.
11 Mei, di perhimpunan mingguan sekolah, sebagai motivasi seorang guru menceritakan mengenai seorang anak yang meminta gaji dari ibunya untuk setiap pertolongannya..ye, cerita ini sebenarnya selalu saya baca, dan selalu saya dengar. Tetapi setiap kali ianya berkemundang, seringkali juga saya tidak dapat membendung air mata. Kali ini, lebih terasa gegaran jiwa.
Mak saya sampai di rumah saya di Keningau sehari sebelum saya bersalinkan Naailah Farafisya dan pulang semasa Naailah berumur 67 hari. Di sepanjang tempoh itu, terlalu banyak pengorbanannya buat saya dan anak-anak. Mak mendidik cucu-cucunya sama seperti dia membesarkan saya. Anak-anak saya terutamanya Afeeq terlalu manja dan rapat dengan mak. Tidur, makan, mandi semuanya mahukan nenek. Naufal pula, kalau ke pasaraya mesti berkepit dengan nenek. Sebabnya? kalau dengan ummi dan abinya, segala kehendaknya banyak akan ditapis! Naailah pula pasti akan ternganga luas mulutnya (tersengih2) sambil mengeluarkan bunyi2an (bahasa dia le..), membalas neneknya yang suka bercerita. Pantang dengar Naailah menangis, mak pasti bangkit dari lenanya menjenguk cucu barunya itu. Teringat saya satu puisi yang antaranya berbunyi, " kata orang tugas ibu akan selesai apabila semua anaknya telah berkahwin. Ibu yang sebegitu, pastinya tidak mempunyai cucu.." ehm..betulla tu..

Saya akui, sabar saya tidak setanding sabarnya mak..tangan mak tidak seringan tangan saya. Tutur kata dan tingkahnya penuh sifat keibuan mithali..tidak pernah luput dari hari pertama mak bergelar ibu dan pastinya hingga ke akhir hayatnya..itu saya AMAT PASTI.

"Mak, tiada kata yang dapat mewakili makna betapa sayangnya kakak pada mu!.."

Ya Allah, panjangkanlah usia ibuku dalam penuh keimanan..kasihilah dia sebgaimana dia mengasihiku sejak kecil hingga akhir hayat.. jika ditakdirkan telah tamat perjanjiannya di dunia, letakkanlah dia dikalangan orang2 yang beriman dan soleh. Tempatkanlah dia di dalam syurga mu..amin, ya rabbil 'alamin

Wednesday, May 6, 2009

Back to the school

Baru 3 hari masuk keje balik.. setelah 60 hari tak masak seawal 4 pagi, ambil nanny (kalau hubby takde), kejar punch in, wat RPH, masuk kelas ngaja, wat kerja2 pengkeranian, la ni dah kena wat balik. Malas? he..he ada la gak..tapi yang tak tahannya berdenyut-denyut kat tempat tu bila Naailah nangis kat umah nak susu. Maka bertambahlah tugas saya di sekolah, pam susu.. Kadang-kadang terfikir gak, zalim ke waktu keje curi waktu pam susu? paling kurang setengah jam jugale ( tapi bukan waktu ada kelas tau!)..tapi ada gah hikmahnya, saya lebih pandai manage masa bila banyak benda nak wat..apapun saya bertekad nak bagi Naailah exclusive breastfeeding paling kurang 6 bulan..

Masuk keje ni, banyak silibus tertangguh yang perlu diselesaikan. 2 minggu lagi midterm exam..so, kena wat soalan lagi. Ada baby senior (Afeeq) dan baby junior (Naailah), mendisiplinkan saya menyiapkan semua kerja2 pejabat di sekolah. Kalau bawa balik pun, memang takkan tersentuh punya! Jeling pun belum tentu sempat..

Apa pun, keluarga dan kerjaya adalah tanggungjawab dan amanah yang akan dipersoalkan di akhirat nanti..so, sendiri kena ingatlah..