Tuesday, August 11, 2009

2 tahun


Semalam 10 Ogos 09 adalah hari ulang tahun kelahiran puteraku yang ke-2..

Selamat ulangtahun sayang..
Semoga menjadi hamba Allah yang soleh, berjaya dunia akhirat..

Friday, July 10, 2009

Hijab


يأيها النبي قل لأزواجك وبناتك ونساء المؤمنين يدنين عليهن من جلابيبهن
Maksudnya: “Wahai Nabi, katakan kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan kamu, dan isteri-isteri orang-orang mukmin supaya melabuhkan ke atas mereka daripada jilbab-jilbab mereka.” (surah Al-Ahzab:59)

وقل للمؤمنات يغضضن من أبصارهن ويحفظن فروجهن ولا يبدين زينتهن إلا ما ظهر منها

Maksudnya: “Dan katakanlah kepada wanita-wanita beriman supaya mereka menundukkan daripada pandangan mereka, menjaga kemaluan-kemaluan mereka, dan jangan mereka mendedahkan perhiasan mereka kecuali apa yang zahir daripadanya.” (surah Al-Nuur 31)

"kakak, pakai tudung! nanti orang nampak.." jerit Naufal, sejurus penjaga anak-anakku melangkah pintu menuju ke halaman..terkasima juga saya mendengarnya..namun bersyukur kerana suara hati saya disampaikan dengan cara yang lebih halus.

Rupanya terkesan juga Naufal dengan launganku hari-hari..bila dia buka pintu rumah luas-luas, saya pasti mengingatkannya supaya mengecilkannya kembali..saya katakan, saya tak pakai tudung, nanti orang nampak aurat umi..

Sekarang ni macam2 fesyen tudung ada di pasaran..bagusnya semakin ramai muslimah terpanggil untuk menutup rambut. Yang tak bagusnya, ianya hanya mengikut aliran fesyen. Sampai hanya secebis kain di kepala dianggap telah memakai tudung! Ramai juga pakai tudung sempurna, tapi part2 lain "buka2 sikit"..

Gambar Naailah di atas tu, diambil semasa usianya hampir2 2 bulan..Sebenarnya saya memakaikannya tudung bukan kerana untuk menutup aurat..bayi sekecil itu, masih tidak dianggap aurat..Tapi saya rasa lebih mudah Naailah pakai tudung di tempat sesejuk Kundasang (mcm Cameron Highland)..bukan hanya kepala, tapi hampir separuh tubuhnya dilindungi dari digigit kesejukan yang agak luar biasa ketika itu..

Semasa di sana, saya terdengar sekumpulan wanita yang agak 'berani' penampilannya bercakap sesama mereka.."comelnya baby tu pakai tudung!"..lalu disambut bisikan abinya kepada saya.."kalau tak malu juga x taulah..bayi pun bleh pakai tudung..inikan plak kita yg x tau bila akan mati!"

Dari satu sudut, ini memang salah satu dakwah bil hal..dari perspektif berbeza,jgn sampai jadi fitnah. Kerana sesetengah orang akan nampak seperti Islam ini membebankan,sehingga bayi pun perlu bertudung..

Namun begitu, zaman mutaakhir ini, nafsu manusia semakin menjadi2..bayi 2 thn pun nak 'rasa' juga!..naauzubillahiminzalik..lagi sakit hati bila saya terbaca di akhbar, seorang ayah dipenjara 120 thn kerana merogol anak kandungnya 6 kali di kandang kambing, kebun kelapa sawit, selain di rumahnya sendiri..bapa ini x patut hidup! Lebih jahil dr org jahiliyyah yg tanam bayi perempuan! paling tidak bayi itu tidak terasa seksanya hidup..

Ya Allah lindungi kami dari musibah ini..


Sunday, May 24, 2009

Allahuakbar!

Aku minta kepada Allah setangkai bunga segar,
Dia beri kaktus berduri,
Aku minta kupu-kupu,
Dia beri ulat berbulu,
Aku sedih dan kecewa...

Namun demikian,
kaktus itu berbunga,
Indah sekali...
dan ulat itu pun menjadi kupu-kupu yang cantik...

Itulah jalan Allah pada masa Nya!

ALLAH tidak memberi apa yang kita harapkan,
tetapi dia memberi apa yang kita perlukan..

Kadang-kadang kita sedih, kecewa, terluka,
tetapi jauh di atas segalanya
Dia telah mengatur yang terbaik
dalam kehidupan kita...

Friday, May 15, 2009

Hari Ini..

Hari ini umur saya genap 28 tahun mengikut kalendar masihi

Ya Allah,
Berkati sepanjang hidupku dengan penuh keimanan dan ketaqwaan kepadaMu,
Jauhilah daripada ku segala jenis maksiat dan kejahatan,
Kurniakanalah kebahagiaan rumahtangga yang berkekalan hingga kesyurga,
Anugerahkanlah anak-anak yang soleh solehah penyambung perjuangan Islam.


Hari ini juga masuk tahun ketiga saya menyambut Hari Guru secara rasmi

Ya Allah,
Bentuklah diriku seorang yang amanah manjalankan taklifan mendidik anak bangsa,
Kurniakanlah aku 'keajaiban' hikmah dalam perjuangan tarbiyah,
Berikanlah aku kekuatan menghadapi mehnah rencah membentuk modal insan,
Jadikanlah tugasku ini sebagai amal jariah yang berkekalan selamanya..

Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik!

Tuesday, May 12, 2009

Ratu Hati

gunung kinabalu

Walaupun 10 Mei dah berlalu, saya tetap mahu menukilkannya kerana kasih sayang tidak mengenal hari.
11 Mei, di perhimpunan mingguan sekolah, sebagai motivasi seorang guru menceritakan mengenai seorang anak yang meminta gaji dari ibunya untuk setiap pertolongannya..ye, cerita ini sebenarnya selalu saya baca, dan selalu saya dengar. Tetapi setiap kali ianya berkemundang, seringkali juga saya tidak dapat membendung air mata. Kali ini, lebih terasa gegaran jiwa.
Mak saya sampai di rumah saya di Keningau sehari sebelum saya bersalinkan Naailah Farafisya dan pulang semasa Naailah berumur 67 hari. Di sepanjang tempoh itu, terlalu banyak pengorbanannya buat saya dan anak-anak. Mak mendidik cucu-cucunya sama seperti dia membesarkan saya. Anak-anak saya terutamanya Afeeq terlalu manja dan rapat dengan mak. Tidur, makan, mandi semuanya mahukan nenek. Naufal pula, kalau ke pasaraya mesti berkepit dengan nenek. Sebabnya? kalau dengan ummi dan abinya, segala kehendaknya banyak akan ditapis! Naailah pula pasti akan ternganga luas mulutnya (tersengih2) sambil mengeluarkan bunyi2an (bahasa dia le..), membalas neneknya yang suka bercerita. Pantang dengar Naailah menangis, mak pasti bangkit dari lenanya menjenguk cucu barunya itu. Teringat saya satu puisi yang antaranya berbunyi, " kata orang tugas ibu akan selesai apabila semua anaknya telah berkahwin. Ibu yang sebegitu, pastinya tidak mempunyai cucu.." ehm..betulla tu..

Saya akui, sabar saya tidak setanding sabarnya mak..tangan mak tidak seringan tangan saya. Tutur kata dan tingkahnya penuh sifat keibuan mithali..tidak pernah luput dari hari pertama mak bergelar ibu dan pastinya hingga ke akhir hayatnya..itu saya AMAT PASTI.

"Mak, tiada kata yang dapat mewakili makna betapa sayangnya kakak pada mu!.."

Ya Allah, panjangkanlah usia ibuku dalam penuh keimanan..kasihilah dia sebgaimana dia mengasihiku sejak kecil hingga akhir hayat.. jika ditakdirkan telah tamat perjanjiannya di dunia, letakkanlah dia dikalangan orang2 yang beriman dan soleh. Tempatkanlah dia di dalam syurga mu..amin, ya rabbil 'alamin

Wednesday, May 6, 2009

Back to the school

Baru 3 hari masuk keje balik.. setelah 60 hari tak masak seawal 4 pagi, ambil nanny (kalau hubby takde), kejar punch in, wat RPH, masuk kelas ngaja, wat kerja2 pengkeranian, la ni dah kena wat balik. Malas? he..he ada la gak..tapi yang tak tahannya berdenyut-denyut kat tempat tu bila Naailah nangis kat umah nak susu. Maka bertambahlah tugas saya di sekolah, pam susu.. Kadang-kadang terfikir gak, zalim ke waktu keje curi waktu pam susu? paling kurang setengah jam jugale ( tapi bukan waktu ada kelas tau!)..tapi ada gah hikmahnya, saya lebih pandai manage masa bila banyak benda nak wat..apapun saya bertekad nak bagi Naailah exclusive breastfeeding paling kurang 6 bulan..

Masuk keje ni, banyak silibus tertangguh yang perlu diselesaikan. 2 minggu lagi midterm exam..so, kena wat soalan lagi. Ada baby senior (Afeeq) dan baby junior (Naailah), mendisiplinkan saya menyiapkan semua kerja2 pejabat di sekolah. Kalau bawa balik pun, memang takkan tersentuh punya! Jeling pun belum tentu sempat..

Apa pun, keluarga dan kerjaya adalah tanggungjawab dan amanah yang akan dipersoalkan di akhirat nanti..so, sendiri kena ingatlah..

Wednesday, April 22, 2009

Kain Putih


Puteriku, Naailah Farafisya
Hari ni Naailah berumur 51 hari..semakin cute dan tak jemu mata memandang :) ( semua parents pun akan menganggap anak mereka begitu!)..dah boleh angkat kepala dan memberi reaksi senyum, ketawa tatkala diagah..bila neneknya 'bercerita', bulat matanya memandang dan memberi respon argher..argher..argher..ehm..bahagianya rasa bila memandang permata hati cinta ummi dan abi..

Naailah memang kami tunggu2 kehadirannya. Bukan bermakna Naufal dan Afeeq tidak dialukan kelahirannya! Mana mungkin janin2 yang 'berumah' di dalam rahimku hampir 40 minggu, yang kemudiannya nyawa dipertaruhkan untuk melahirkannya, hilang kebersamaan dan kasih sayang hanya kerana kehadiran orang baru..sungguh!.
Dalam keluarga saya, sayalah satu-satunya anak perempuan daripada 7 beradik. Begitu juga keluarga sebelah suami..5 lelaki, 1 perempuan. Anak-anak saudara hanya suku perempuan berbanding lelaki. Kiranya, kelahiran puteri dalam keluarga kami boleh dianggap julung kali!

Sekandang lembu?

saya pun tak pasti frasa siapakah ini " menjaga anak perempuan lebih susah daripada menjaga sekandang lembu"..Bonda saya cukup tak berkenan.."ada ke patut manusia disamakan dengan lembu! minta dijauhkan perangai anak cucu aku macam lembu.." Ironinya, frasa tersebut membayangkan betapa sukarnya memelihara maruah seorang wanita berbanding lelaki yang sekaligus menyandang status kemuliaan sebuah keluarga..
namun ganjaran sesuatu yang sukar itu, tentu lebih lumayan kan? buktinya, "..sabda Rasulullullah s.a.w, daripada Aisyah r.a, barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka"..mudah2an saya berada dalam golongan tersebut..


Hakikatnya, inilah medan tanggungjawab besar ibu bapa untuk mendidik dan mencorak anak-anak agar dihiasi dengan akhlak Islam, bukan majusi, nasrani apatah lagi Yahudi laknatullah! Allahuakbar, beratnya taklifan ini..walaupun anak sulungku baru berumur 4 tahun 4 bulan, amat terasa sukarnya memikul amanah Allah ini..astaghfirullah..berilah kami kekuatan ya Allah..

Dalam Islam, martabat wanita amat dipandang mulia..sehingga di dalam al-Quran sendiri terdapat surah "an-Nisa' " yang bermaksud wanita. Di kala masyarakat Jahiliyyah memandang jelik dengan kelahiran anak2 perempuan, Rasullullah s.a.w mengangkat darjat wanita selaras dengan kehendak Islam.
Hadis Rasulullah s.a.w yang mafhumnya "...barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t, dan orang yang takutkan Allah s.w.t akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.."
Subhanallah! betapa besarnya Rahim Allah s.w.t..

Didik

Anak-anak yang dikurniakan Allah bukan hanya sekadar pengikat cinta, penyeri rumahtangga, penyejuk mata. Tetapi lebih besar ertinya. Amanah yang perlu ditarbiyyah agar manjadi insan muslim yang jitu dari setiap sudut.

Inilah yang paling saya risaukan. Tidak semudah seperti dikata, tidak seenteng petua dibaca, tidak seindah dipandang mata..lagi2 dengan cabaran luar yang pelbagai, kadangkala menggugat tarbiyyah di rumah yang mungkin masih belum ampuh..

Ahmad Naufal Uwais, Afeeq Uwais, Naailah Farafisya..tiada apa yang ummi dan abi harapkan..melainkan kalian menjadi hamba Allah yang soleh, solehah dan menjadi insan terbilang di dunia dan akhirat..amin ya rabbal 'alamin..

Ya Allah, berilah kami kekuatan untuk menggalas amanahmu ini..