Tuesday, May 12, 2009

Ratu Hati

gunung kinabalu

Walaupun 10 Mei dah berlalu, saya tetap mahu menukilkannya kerana kasih sayang tidak mengenal hari.
11 Mei, di perhimpunan mingguan sekolah, sebagai motivasi seorang guru menceritakan mengenai seorang anak yang meminta gaji dari ibunya untuk setiap pertolongannya..ye, cerita ini sebenarnya selalu saya baca, dan selalu saya dengar. Tetapi setiap kali ianya berkemundang, seringkali juga saya tidak dapat membendung air mata. Kali ini, lebih terasa gegaran jiwa.
Mak saya sampai di rumah saya di Keningau sehari sebelum saya bersalinkan Naailah Farafisya dan pulang semasa Naailah berumur 67 hari. Di sepanjang tempoh itu, terlalu banyak pengorbanannya buat saya dan anak-anak. Mak mendidik cucu-cucunya sama seperti dia membesarkan saya. Anak-anak saya terutamanya Afeeq terlalu manja dan rapat dengan mak. Tidur, makan, mandi semuanya mahukan nenek. Naufal pula, kalau ke pasaraya mesti berkepit dengan nenek. Sebabnya? kalau dengan ummi dan abinya, segala kehendaknya banyak akan ditapis! Naailah pula pasti akan ternganga luas mulutnya (tersengih2) sambil mengeluarkan bunyi2an (bahasa dia le..), membalas neneknya yang suka bercerita. Pantang dengar Naailah menangis, mak pasti bangkit dari lenanya menjenguk cucu barunya itu. Teringat saya satu puisi yang antaranya berbunyi, " kata orang tugas ibu akan selesai apabila semua anaknya telah berkahwin. Ibu yang sebegitu, pastinya tidak mempunyai cucu.." ehm..betulla tu..

Saya akui, sabar saya tidak setanding sabarnya mak..tangan mak tidak seringan tangan saya. Tutur kata dan tingkahnya penuh sifat keibuan mithali..tidak pernah luput dari hari pertama mak bergelar ibu dan pastinya hingga ke akhir hayatnya..itu saya AMAT PASTI.

"Mak, tiada kata yang dapat mewakili makna betapa sayangnya kakak pada mu!.."

Ya Allah, panjangkanlah usia ibuku dalam penuh keimanan..kasihilah dia sebgaimana dia mengasihiku sejak kecil hingga akhir hayat.. jika ditakdirkan telah tamat perjanjiannya di dunia, letakkanlah dia dikalangan orang2 yang beriman dan soleh. Tempatkanlah dia di dalam syurga mu..amin, ya rabbil 'alamin

No comments:

Post a Comment